kawan sejati

Saya pasti tentu setiap daripada kita mempunyai kawan. Kalau tidak kawan karib, kawan biasa-biasa. Ini adalah naluri manusia. Kita diciptakan untuk untuk saling bersosial dan berkomunikasi sesama sendiri. Cuba bayangkan hidup ini tanpa sesiapa untuk kita bercakap dan bermain? Tentu sunyi sepi, bukan.

Ada pula yang menghadapi masalah dalam mencari kawan dan hubungan itu sendiri. Kadang-kadang apabila kita berbuat baik kepada kawan, tidak pernah langsung diendahkan dan dihargai. Ada pula yang menikam dari belakang. Harapkan pagar, pagar makan padi. Kawan jenis ini tidak berkualiti.

Semua orang ada kawan. Semua orang juga boleh menjadi kawan. Namun, bolehkah kita menjadi seorang kawan yang baik? Seorang kawan yang membantu kawannya yang lain tatkala dalam kesusahan.

Ada orang kata, kawan yang baik adalah yang meneman di saat tawa dan tangis. Benar sama sekali. Itu adalah kawan yang sejati. Itu adalah sahabat. Orang yang boleh kita harapkan dalam apa jua keadaan. Teman tempat untuk meluahkan segala perasaan, isi hati yang terpendam dalam ruang yang tersembunyi.

Setiap daripada kita boleh menjadi kawan sejati. Bukan kawan rapat, tetapi kawan yang sejati. Berkualiti. Namun sudah tentunya tidak semua orang yang memilih perkara sedemikian. Bila kawan ditimpa kesusahan, masing-masing hilangkan diri. Bila kawan tidak sealiran, tidak mahu bersantai bersama dan rasa malas hendak berbicara.

Bukanlah susah menjadi seorang kawan sejati. Kawan yang berkualiti dan ikhlas didalam perhubungan tersebut. Mari kita renungkan diri;
Adakah anda seorang kawan sejati?


Monday, April 20, 2009

6P ISTEMEWA SAHABAT LELAKI..


mungkin ramai yang tidak tahu bersahabat dgn lelaki banyak keistemewaanya.....


antaranya ialah....




pemaaf..


sekiranya kamu menyinggung perasaanya ataupun melakukan sesuatu yang buat dia marah dia tetap mudah untuk memaafkan kamu.berbeza sedikit dengan sahabat perempuan yang agak sedikit emosi dan kalau merajuk mesti berhari-hari....




penyayang..


sahabat lelaki dikurniakan sifat yang sangat penyayang. bila kamu ada masalah biar bagaimana susah dn sibuk dia pasti akan mengutamakan kamu kerana bagi lelaki sahabat lebih penting dari segala-segalanya....




pendengar yang baik


apabila kamu berkongsi masalah,sahabat lelaki adalah seorang pendengar yang baik berbanding dengan sahabat perempuan...




pelawak


sebagai sahabat kamu bertuah kerana dia akan sentiasa menceriakan hidup kamu dengan lawak jenakanya.Dia tidak kisah pun terpaksa jadi pelawat tak bergaji agar dapat melihat sahabatnya ketawa ceria...




penyimpan rahsia


jangan bimbang untuk berkongsi rahsia denganya kerana sahabat lelaki sememamgnya seorang penyimpan rahsia yang baik...




pemurah


dia sering membayar makanan setiap kali kamu berdua keluar makan bersama.lelaki kan ego malulah bila perempuan membayarnya...


untungkan mempunyai sahabat lelaki...

Dapatkan TestIslamic di SahabatMusleem.blogspot

"Dari Abu Hurairah ra, katanya: Rasulullah saw bersabda: "Sungguh baik keadaan kamu ketika Isa Ibn Mariam turun dalam kalangan kamu, lalu ia memimpin kamu." Salah seorang rawi hadis ini (Ibn Abi Dzi'b) menerangkan dengan katanya: "Lalu memimpin kamu dengan menurut kitab Allah alQuran dan Sunnah Nabi kamu saw." (Muslim)"