kawan sejati

Saya pasti tentu setiap daripada kita mempunyai kawan. Kalau tidak kawan karib, kawan biasa-biasa. Ini adalah naluri manusia. Kita diciptakan untuk untuk saling bersosial dan berkomunikasi sesama sendiri. Cuba bayangkan hidup ini tanpa sesiapa untuk kita bercakap dan bermain? Tentu sunyi sepi, bukan.

Ada pula yang menghadapi masalah dalam mencari kawan dan hubungan itu sendiri. Kadang-kadang apabila kita berbuat baik kepada kawan, tidak pernah langsung diendahkan dan dihargai. Ada pula yang menikam dari belakang. Harapkan pagar, pagar makan padi. Kawan jenis ini tidak berkualiti.

Semua orang ada kawan. Semua orang juga boleh menjadi kawan. Namun, bolehkah kita menjadi seorang kawan yang baik? Seorang kawan yang membantu kawannya yang lain tatkala dalam kesusahan.

Ada orang kata, kawan yang baik adalah yang meneman di saat tawa dan tangis. Benar sama sekali. Itu adalah kawan yang sejati. Itu adalah sahabat. Orang yang boleh kita harapkan dalam apa jua keadaan. Teman tempat untuk meluahkan segala perasaan, isi hati yang terpendam dalam ruang yang tersembunyi.

Setiap daripada kita boleh menjadi kawan sejati. Bukan kawan rapat, tetapi kawan yang sejati. Berkualiti. Namun sudah tentunya tidak semua orang yang memilih perkara sedemikian. Bila kawan ditimpa kesusahan, masing-masing hilangkan diri. Bila kawan tidak sealiran, tidak mahu bersantai bersama dan rasa malas hendak berbicara.

Bukanlah susah menjadi seorang kawan sejati. Kawan yang berkualiti dan ikhlas didalam perhubungan tersebut. Mari kita renungkan diri;
Adakah anda seorang kawan sejati?


Sunday, March 1, 2009

cinta seputih mutiara..




10 PERKARA KECIL PIKAT HATI SI DIA.....

adakalanya hal yang kecil
sudah cukup menambat hatinya..
dan tidak memerlukan pengorbanan yang besar..

berikut ialah tips yang boleh kamu praktikan..

=setiap kali bertemu senyuman tak lekang dari bibirmu..

=sentiasa bersama sidia ketika susah dan senang..

=kamu lebih mementingkan kebahagiannya dari diri kamu sendiri..

=kamu sentiasa buat dia ketawa dengan gurau sendamu..

=memasak makanan kegemaranya dan mengajaknya makan bersama-sama..

=sebelum tidur kamu tidak pernah lupa untuk mengucapkan selamat malam kepadanya..

=menghadiahkan barang yang kamu tahu ia begitu bernilai bagi sidia di hari ulang tahunya..

=berjaya menambat hati keluarganya..

=meluahkan isi hatimu melalui lirik lagu yang menyentuh perasaan..

=berubah dan kikis semua sifat-sifat yang sidia tak suka..

=sentiasa memahami apabila sidia meminta ruang untuk bersendiri..

=tidak pernah memalukannya dan menjaga tingkah laku yang baik..

=sesekali kamu beri kejutan dengan yang mengembirakan hatinya..

=membantu menjaga barang-barang kesayangannya..

=setiap kali kamu dan sidia berhadapan dengan masalah kamu tidak mudah melenting dan marah..

2 comments:

  1. puisi apa cerit tuh?
    tapi bagus..
    lam kenal dari blogger indonesia

    ReplyDelete
  2. thanks...
    dgn komen anda....
    salam perkenalan dari malaysia....

    ReplyDelete


Dapatkan TestIslamic di SahabatMusleem.blogspot

"Dari Abu Hurairah ra, katanya: Rasulullah saw bersabda: "Sungguh baik keadaan kamu ketika Isa Ibn Mariam turun dalam kalangan kamu, lalu ia memimpin kamu." Salah seorang rawi hadis ini (Ibn Abi Dzi'b) menerangkan dengan katanya: "Lalu memimpin kamu dengan menurut kitab Allah alQuran dan Sunnah Nabi kamu saw." (Muslim)"