kawan sejati

Saya pasti tentu setiap daripada kita mempunyai kawan. Kalau tidak kawan karib, kawan biasa-biasa. Ini adalah naluri manusia. Kita diciptakan untuk untuk saling bersosial dan berkomunikasi sesama sendiri. Cuba bayangkan hidup ini tanpa sesiapa untuk kita bercakap dan bermain? Tentu sunyi sepi, bukan.

Ada pula yang menghadapi masalah dalam mencari kawan dan hubungan itu sendiri. Kadang-kadang apabila kita berbuat baik kepada kawan, tidak pernah langsung diendahkan dan dihargai. Ada pula yang menikam dari belakang. Harapkan pagar, pagar makan padi. Kawan jenis ini tidak berkualiti.

Semua orang ada kawan. Semua orang juga boleh menjadi kawan. Namun, bolehkah kita menjadi seorang kawan yang baik? Seorang kawan yang membantu kawannya yang lain tatkala dalam kesusahan.

Ada orang kata, kawan yang baik adalah yang meneman di saat tawa dan tangis. Benar sama sekali. Itu adalah kawan yang sejati. Itu adalah sahabat. Orang yang boleh kita harapkan dalam apa jua keadaan. Teman tempat untuk meluahkan segala perasaan, isi hati yang terpendam dalam ruang yang tersembunyi.

Setiap daripada kita boleh menjadi kawan sejati. Bukan kawan rapat, tetapi kawan yang sejati. Berkualiti. Namun sudah tentunya tidak semua orang yang memilih perkara sedemikian. Bila kawan ditimpa kesusahan, masing-masing hilangkan diri. Bila kawan tidak sealiran, tidak mahu bersantai bersama dan rasa malas hendak berbicara.

Bukanlah susah menjadi seorang kawan sejati. Kawan yang berkualiti dan ikhlas didalam perhubungan tersebut. Mari kita renungkan diri;
Adakah anda seorang kawan sejati?


Wednesday, February 18, 2009

15 ciri insan bergelar sahabat



1.insan yang paling dekat untuk kita meluahkan perasaan suka dan duka.

2.insan yang memahami diri kita perasaan dan kehendak kita.

3.insan yang jujur dan ikhlas melakukan sesuatu yang termampu dan terbaik pada kita tanpa syarat dan mengharapkan balasan daripada kita.

4.insan yang membela dan menutup aib,kesalahan,dan kesilapan kita kepada orang lain tetapi pada masa yang sama menegur dan menasihati kita di belakang mereka.

5.insan yang menerima diri kita sama ada baik dan buruk tanpa sebarang syarat dan alasan.

6.insan yang sanggup berkorban masa,tenaga,buah fikiran,dan wang ringgit demi kebahagian kita.adakalanya sanggup menghadapi bahaya dan mengadai nyawanya kerana kita.

7.insan yang jujur dan sabar dalam menegur,menegah,dan menasihati kita daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh agama.

8.insan yang menjadi sunber inspirasi,peniup semangat dan pemberi motivasi apabila kita kecewa,patah semangat dan menyerah kalah.

9.insan yang di jadikan tempat untuk meluahkan segala permasalahan hidup dan perasaan kita.

10.insan yang boleh menyimpan rahsia kita dan boleh dipercayai tanpa membocorkannya kepada orang lain.

11.insan yang menjadi tempat bergurau senda,berhibur dan bergelak ketawa bersama kita.
12.insan yang sentiasa menyokong,pembakar semangat kita untuk terus berjaya dalam sesuatu aktiviti;bidang atau pekerjaan.

13.insan yang sedia mengajarkan ilmu,kemahiran,dan pengalamannya tanpa sebarang syarat.

14.insan yang sentiasa mendoakan kejayaan dan kebahagiaan kita setiap kali selepas solat.

15.insan yang sentiasa merindui kita dan menangis kerana kita.sukar atau mustahil dapat melupakankita sepanjang hidupnya.

adakah kita mempunyai ciri-ciri seperti itu?????
lu....fikirlah sendiri...


adakah kita mempunyai sahabat seperti itu??????
jika ia...hargailah seadanya!!!!
kerana jika sahabat itu pergi maka bukan mudah untuk mendapatkannya kembali...

renung-renungkan...

1 comment:

  1. salam... ada sahabat yang anti cari tu... Walau minoriti bilangannya.. Semoga anda menjumpainya...

    ReplyDelete


Dapatkan TestIslamic di SahabatMusleem.blogspot

"Dari Abu Hurairah ra, katanya: Rasulullah saw bersabda: "Sungguh baik keadaan kamu ketika Isa Ibn Mariam turun dalam kalangan kamu, lalu ia memimpin kamu." Salah seorang rawi hadis ini (Ibn Abi Dzi'b) menerangkan dengan katanya: "Lalu memimpin kamu dengan menurut kitab Allah alQuran dan Sunnah Nabi kamu saw." (Muslim)"


Dapatkan TestIslamic di SahabatMusleem.blogspot


Dapatkan TestIslamic di SahabatMusleem.blogspot