kawan sejati

Saya pasti tentu setiap daripada kita mempunyai kawan. Kalau tidak kawan karib, kawan biasa-biasa. Ini adalah naluri manusia. Kita diciptakan untuk untuk saling bersosial dan berkomunikasi sesama sendiri. Cuba bayangkan hidup ini tanpa sesiapa untuk kita bercakap dan bermain? Tentu sunyi sepi, bukan.

Ada pula yang menghadapi masalah dalam mencari kawan dan hubungan itu sendiri. Kadang-kadang apabila kita berbuat baik kepada kawan, tidak pernah langsung diendahkan dan dihargai. Ada pula yang menikam dari belakang. Harapkan pagar, pagar makan padi. Kawan jenis ini tidak berkualiti.

Semua orang ada kawan. Semua orang juga boleh menjadi kawan. Namun, bolehkah kita menjadi seorang kawan yang baik? Seorang kawan yang membantu kawannya yang lain tatkala dalam kesusahan.

Ada orang kata, kawan yang baik adalah yang meneman di saat tawa dan tangis. Benar sama sekali. Itu adalah kawan yang sejati. Itu adalah sahabat. Orang yang boleh kita harapkan dalam apa jua keadaan. Teman tempat untuk meluahkan segala perasaan, isi hati yang terpendam dalam ruang yang tersembunyi.

Setiap daripada kita boleh menjadi kawan sejati. Bukan kawan rapat, tetapi kawan yang sejati. Berkualiti. Namun sudah tentunya tidak semua orang yang memilih perkara sedemikian. Bila kawan ditimpa kesusahan, masing-masing hilangkan diri. Bila kawan tidak sealiran, tidak mahu bersantai bersama dan rasa malas hendak berbicara.

Bukanlah susah menjadi seorang kawan sejati. Kawan yang berkualiti dan ikhlas didalam perhubungan tersebut. Mari kita renungkan diri;
Adakah anda seorang kawan sejati?


Tuesday, February 17, 2009

PERISTIWA MENAJKUBKAN DI PALESTIN

alhamdulillah segala puji bagi Allah s.w.t kerana sekali lagi diberi kesempatan untuk diri hamba yang serba kekurangan ini untuk berada dalam salah satu majlis ilmu....

يَرۡفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡعِلۡمَ دَرَجَـٰتٍ۬‌ۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرٌ۬

dalam surah Al-Mujadalah ayat 11; Allah mengangkat darjat orang-orang yang beriman dikalangan kamu dan juga yang menuntut ilmu, dan Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Daripada Abu Darda’, bawasanya beliau mendengar Rasulullah bersabda ”Sesiapa yang berjalan semata-mata kerana ingin menuntut ilmu, Allah akan permudahkan jalannya ke syurga dan Sesungguhnya para malaikat menguncupkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu kerana meredhai apa yang dibuatnya, dan sesungguhnya seseorang yang mengajarkan kebaikan akan dimohon ampun oleh makhluk yang ada di langit mahupun di bumi hingga ikan yang berada didalam air.Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar (wang) tidak juga dirham, yang mereka wariskan hanyalah ilmu, dan barangsiapa yang menuntut ilmu itu. maka sesungguhnya dia telah mendapat bahgian yang paling banyak”
(hadis sahih, diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud, Attarmizi, Ibnu Majjah dan Ibnu Hibban)

alhamdulillah....sepatutnya kuliah pada malam ini yang diadakan di Masjid Jamek Tasek Gelugor akan disampaikan oleh Ustaz Jamlus tetapi disebabkan hal yang tak dapat dielakkan Ustaz Jamlus tidak dapat datang tetapi di ganti dengan Ustaz Wadi Anuar. Alhamdulillah satu kuliah yang sangat mantap yang bertajuk...."PALESTINE"

Ana nak berkongsi dengan antum semua tentang kisah-kisah pengalaman Ustaz Jamlus sendiri ketika ke Palestine yang disampaikan oleh Ustaz Wadi Anuar....kisah-kisah ini berjaya menggetarkan hati ana dan membuatkan ana berasa sangat sebak....

Ustaz Jamlus menceritakan bahawa peluru yang digunakan Israel direka khas untuk menentang Palestine. Peluru-peluru itu semua bertindak balas dengan besi. Pada suatu hari ada seorang kanak-kanak yang baru sahaja terkena peluru Israel datang ke kem yang menenpatkan Dr dari Malaysia...apabila dibedah pada tempat yang terkena peluru tersebut rupa-rupanya pelurur itu telah memakan isi-isinya. Kecederaan sangat dalam. Apabila peluru tersebut bersentuh dengan gunting ataupun alat pembedahan yang lain, peluru itu bertindak balas dan makin kedalam. Masyaallah. Mereka tidak tahu untuk berbuat apa-apa lagi. Pada malam itu, Ustaz Jamlus membuat solat hajat sebanyak 40 rakaat( kalau tak silap ana) untuk memohon pertolongan dan petunjuk dari Allah. Alhamdulillah pada keesokan harinya sebelum dimulakan semula pembedahan, Ustaz meletakkan air zamzam kedalam tempat yang terkena peluru tadi. Berkat kekuasaan Allah luka tersebut sembuh seperti sediakala. Masyaallah.

Peristiwa ke dua berlaku semasa Ustaz Jamlus terjumpa dengan seorang budak yang baru berusia dalam lingkungan 10 tahun. Namun kedua-dua kakinya telah kudung dan ibu bapanya juga telah tiada. Ustaz Jamlus bertanya kepada budak tersebut apa perasaannya. Jawapan yang diberikan oleh kanak-kanak tersebut membuatkan Ustaz Jamlus terkesima. Budak tersebut menjawab" Saya sangat gembira kerana kedua-dua kaki saya sudah menunggu saya di syurga. Hanya badan saya yang masih berada di dunia". Masyaallah bertapa kanak-kanak di Palestine sentiasa memikirkan tentang syurga tetapi kanak-kanak dan remaja di Malaysia bagaimana?

No comments:

Post a Comment


Dapatkan TestIslamic di SahabatMusleem.blogspot

"Dari Abu Hurairah ra, katanya: Rasulullah saw bersabda: "Sungguh baik keadaan kamu ketika Isa Ibn Mariam turun dalam kalangan kamu, lalu ia memimpin kamu." Salah seorang rawi hadis ini (Ibn Abi Dzi'b) menerangkan dengan katanya: "Lalu memimpin kamu dengan menurut kitab Allah alQuran dan Sunnah Nabi kamu saw." (Muslim)"


Dapatkan TestIslamic di SahabatMusleem.blogspot


Dapatkan TestIslamic di SahabatMusleem.blogspot