kawan sejati

Saya pasti tentu setiap daripada kita mempunyai kawan. Kalau tidak kawan karib, kawan biasa-biasa. Ini adalah naluri manusia. Kita diciptakan untuk untuk saling bersosial dan berkomunikasi sesama sendiri. Cuba bayangkan hidup ini tanpa sesiapa untuk kita bercakap dan bermain? Tentu sunyi sepi, bukan.

Ada pula yang menghadapi masalah dalam mencari kawan dan hubungan itu sendiri. Kadang-kadang apabila kita berbuat baik kepada kawan, tidak pernah langsung diendahkan dan dihargai. Ada pula yang menikam dari belakang. Harapkan pagar, pagar makan padi. Kawan jenis ini tidak berkualiti.

Semua orang ada kawan. Semua orang juga boleh menjadi kawan. Namun, bolehkah kita menjadi seorang kawan yang baik? Seorang kawan yang membantu kawannya yang lain tatkala dalam kesusahan.

Ada orang kata, kawan yang baik adalah yang meneman di saat tawa dan tangis. Benar sama sekali. Itu adalah kawan yang sejati. Itu adalah sahabat. Orang yang boleh kita harapkan dalam apa jua keadaan. Teman tempat untuk meluahkan segala perasaan, isi hati yang terpendam dalam ruang yang tersembunyi.

Setiap daripada kita boleh menjadi kawan sejati. Bukan kawan rapat, tetapi kawan yang sejati. Berkualiti. Namun sudah tentunya tidak semua orang yang memilih perkara sedemikian. Bila kawan ditimpa kesusahan, masing-masing hilangkan diri. Bila kawan tidak sealiran, tidak mahu bersantai bersama dan rasa malas hendak berbicara.

Bukanlah susah menjadi seorang kawan sejati. Kawan yang berkualiti dan ikhlas didalam perhubungan tersebut. Mari kita renungkan diri;
Adakah anda seorang kawan sejati?


Sunday, February 22, 2009

jadilah wanita penyeri taman syurga...


WANITA sering diibaratkan sebagai bunga. Bunga lahirnya melambangkan sesuatu yang cantik, indah dan berseri. Begitulah wanita. Hadirnya Hawa mengisi kesunyian Adam. Adanya wanita menjadi penyambung zuriat di alam ini.....

WANITA SOLEHAH ibarat bunga yang berkembang mekar harum dan bersinar. Menjadi idaman sebagi penyeri suasana. WANITA THOLEHAH (buruk akhlak) ibarat bunga yang layu, kering, tidak berseri. Tiada siapa pun yang sudi. Kalau cantik pun ia hanya ibarat bunga plastik yang tidak harum, kaku dan mudah berdebu.

WANITA SOLEHAH zaman Rasulullah saw seperti Siti Khadijah, Siti Aisyah, Siti Fatimah, Sumaiyyah, Asma' dan lain-lainnya telah lama meninggalkan kita; dengan peribadi dan akhlak mulia mereka untuk dijadikan teladan dan contoh. Tugas kita kini sebagai wanita-wanita akhir zaman adalah untuk mengulangi sejarah yang telah mereka lalui.

Islam hanya memberi EMPAT SYARAT untuk wanita menempah tiket ke syurga; iaitu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat pada suami dan menjaga kehormatan dan maruah dirinya.
HANYA wanita yang memiliki hati yang beriman dan bertaqwa mampu melaksanakannya. Ganjarannya kelak akan Allah berikan di akhirat di mana mereka ibarat BUNGA PENYERI TAMAN SYURGA.


moga didunia ALLAH jadikan kita mawar berduri.....dan di syurga sebagai penyeri!!!!!1




YA ALLAH..........jadikanlah aku seorang muslimah...mukminah...mujahidah..dan seorang anak,isteri & ibu yg solehah....jadikanlah aku salah satu bidadari di syurga nanti......

2 comments:

  1. thanks....
    smoga anda berjaya d dunia dan juga di akhirat..
    thanks dengan komen anda...

    ReplyDelete


Dapatkan TestIslamic di SahabatMusleem.blogspot

"Dari Abu Hurairah ra, katanya: Rasulullah saw bersabda: "Sungguh baik keadaan kamu ketika Isa Ibn Mariam turun dalam kalangan kamu, lalu ia memimpin kamu." Salah seorang rawi hadis ini (Ibn Abi Dzi'b) menerangkan dengan katanya: "Lalu memimpin kamu dengan menurut kitab Allah alQuran dan Sunnah Nabi kamu saw." (Muslim)"