kawan sejati

Saya pasti tentu setiap daripada kita mempunyai kawan. Kalau tidak kawan karib, kawan biasa-biasa. Ini adalah naluri manusia. Kita diciptakan untuk untuk saling bersosial dan berkomunikasi sesama sendiri. Cuba bayangkan hidup ini tanpa sesiapa untuk kita bercakap dan bermain? Tentu sunyi sepi, bukan.

Ada pula yang menghadapi masalah dalam mencari kawan dan hubungan itu sendiri. Kadang-kadang apabila kita berbuat baik kepada kawan, tidak pernah langsung diendahkan dan dihargai. Ada pula yang menikam dari belakang. Harapkan pagar, pagar makan padi. Kawan jenis ini tidak berkualiti.

Semua orang ada kawan. Semua orang juga boleh menjadi kawan. Namun, bolehkah kita menjadi seorang kawan yang baik? Seorang kawan yang membantu kawannya yang lain tatkala dalam kesusahan.

Ada orang kata, kawan yang baik adalah yang meneman di saat tawa dan tangis. Benar sama sekali. Itu adalah kawan yang sejati. Itu adalah sahabat. Orang yang boleh kita harapkan dalam apa jua keadaan. Teman tempat untuk meluahkan segala perasaan, isi hati yang terpendam dalam ruang yang tersembunyi.

Setiap daripada kita boleh menjadi kawan sejati. Bukan kawan rapat, tetapi kawan yang sejati. Berkualiti. Namun sudah tentunya tidak semua orang yang memilih perkara sedemikian. Bila kawan ditimpa kesusahan, masing-masing hilangkan diri. Bila kawan tidak sealiran, tidak mahu bersantai bersama dan rasa malas hendak berbicara.

Bukanlah susah menjadi seorang kawan sejati. Kawan yang berkualiti dan ikhlas didalam perhubungan tersebut. Mari kita renungkan diri;
Adakah anda seorang kawan sejati?


Tuesday, February 17, 2009

aku,kau n valentine



Birai embun dihembus
Daun terbang menari
Ke sana ke mari mencari cinta
Kopeng dedahan ditabrak
Hati itu milik siapa?
Kau senyum, aku bahagia
Kau menangis, aku hampa
Kau sepi, aku datang
Hati itu milik kita
Gagasan itu inspirasi aku
Fikiranmu kontang tanpa cinta
Aku menagih laksana sandiwara
Lalu tidak lah daku mengerti
Hati itu milik cintakah?
Kau, aku dan dia berkata
Hati itu mengundang cinta
Ia putik tanpa dipinta
Meraih tembus di kelopak tinta
Lalu meraba di tempik malam
Semua itu mengasyikkan
Semakin teruja dikala enak
Cinta, kasih dan sayang
Tiada kerisauan pada masa
Yang indah tetap indah
Namun ia adalah mati
Yang bermain dalam khayalan
Seperti itu aku, kau dan dia
Laksana laut yang sedang bergelora
Pantang disambar dalam asyik
Karna laut itu molek
Gerimis senja menanti di sana
Sewaktu awan merintih hausnya cinta
Aku bilang sama hujanMentari akan ku bawa
Laksana tenangnya cahaya bulan
Dalam kepul-kepul malam
Srikandi,14 Feb 09, Medan.
Mungkin ini puisi kutujukan buat mereka yang menyambut Valentine Day, yang sepatutnya tidak harus kamu sambut. Kasih sayang sesama manusia itu bukanlah di klasifikasi untuk sehari, kasih sayang dan pautan ukhwah harus dibina setiap hari, tanpa merujuk pada hari dan tanggal yang terkhusus. Kalaupun tidak punya sejarah tentang haramnya hari ini, namun tidak layak untuk disambut karna kasih sayang itu harus dipupuk setiap hari dan untuk selama-lamanya. Laksana kasih Tuhan pada kita, hambaNya.Kata Hasan Al-Banna, tanggungjawab kita itu lebih banyak dari masa. Alangkah rugi kalau menambah tanggungjawab yang tidak perlu hanya dengan bermain cinta!

1 comment:


Dapatkan TestIslamic di SahabatMusleem.blogspot

"Dari Abu Hurairah ra, katanya: Rasulullah saw bersabda: "Sungguh baik keadaan kamu ketika Isa Ibn Mariam turun dalam kalangan kamu, lalu ia memimpin kamu." Salah seorang rawi hadis ini (Ibn Abi Dzi'b) menerangkan dengan katanya: "Lalu memimpin kamu dengan menurut kitab Allah alQuran dan Sunnah Nabi kamu saw." (Muslim)"


Dapatkan TestIslamic di SahabatMusleem.blogspot


Dapatkan TestIslamic di SahabatMusleem.blogspot